Biskut buah-buahan ini antara biskut favourite. Kalau masa kecil-kecil dulu, rajin la tolong mama susun paper cups dalam baking tray. Boleh kata selang setahun, mama buat biskut ini. Nowadays, it is my turn. Pernah dulu satu tahun tu, bangun pagi sakit bahu sebab salah posisi tidur. Tapi sebab bahan-bahan untuk buat biskut ni dah dikeluarkan malam sebelum, gigih jugak buat. Takdir Allah masa tengah menguli adunan biskut ni, tetiba je bahu jadi elok dan tak sakit. Hewhew. Okay, done with unnecessary story.
Biskut Buah-buahan
Bahan-bahan:
6 oz Mentega
6 oz Tepung gandum
2 oz Tepung kastad
4 oz Tepung jagung
4 oz Gula halus
2 biji Kuning telur
1/2 camca teh Serbuk penaik (baking powder la ni hehee)
2 oz Kacang tumbuk (atau kisar kasar)
6 oz Buah-buahan kering (hiris nipis sebelum dimasukan dalam adunan. Kalau masuk
sebijik-sebijik, nanti biskut pecah )
Cara-cara:
1. Ayak semua tepung dan serbuk penaik.
2. Gaul buah-buahan kering dengan sedikit tepung.
3. Pukul kuning telur dan gula sehingga putih dan kemudian, campurkan mentega.
4. Masukkan buah-buahan, kacang dan tepung sedikit demi sedikit. Gaul sebati.
5. Ambil sedikit doh dan bulatkan kecil. Tekan doh yang telah dibulatkan dengan menggunakan garfu. Kalau nak lagi cantik, doh yang dibulatkan tu boleh dimasukkan dalam paper cups mini.
6. Sapu kuning telur di atas permukaan biskut sebelum dibakar dalam oven pada suhu 175 celcius selama 15 minit atau sehingga perang.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment