Wednesday 8 July 2015

Biskut Puspa Hati

Among traditional cookies I tried before, this cookie definitely my favourite. Kali terakhir buat biskut ini ialah raya 2011. 2011 was the first year I attempted to bake cookies and cakes by myself. Setelah sekian lama tak makan biskut ni, terasa rindu pulak dengan kemanisan dan keranggupan biskut Puspa Hati. Manis sebab ada jem ditengahnya. Biskut ini simple sahaja untuk membuatnya. Satu adunan biskut ini dapat buat satu balang sahaja memandangkan biskut ini memerlukan dua keping biskut dan di'gam' menggunakan jem. Puas 'google' resepi biskut ini tapi memang tak jumpa. Punyalah tahap gigih nak makan jugak biskut ni, mintak tolong Along untuk hantar resepi. Hampir dua minggu lebih tunggu resepi, akhirnya semalam dapat jugak merasa biskut idaman ini.



 Biskut Puspa Hati


3 cawan tepung gandum (diayak)
1 cawan marjerin
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh baking powder
2 biji telur kuning (yang telah direbus)
1 sudu besar serbuk koko
Jem secukupnya (perisa pilihan sendiri)


 Cara-cara :

1. Telur kuning dihancurkan menjadi serbuk.

2. Pukul marjerin dan gula sehingga kembang.

3. Masukkan telur hancur dan pukul sebati.

4. Masukkan esen vanila.

5. Masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak sedikit demi sedikit dan kaup balik.

6. Bahagikan kepada dua bahagian. Masukkan serbuk koko ke dalam satu bahagian dan gaul sebati.

6. Ambil sedikit  daripada setiap satu adunan. Kepalkan menjadi bentuk memanjang dan tekapkan bersama sebelum dicanai nipis dan diterap. Anda boleh mengggunakan acuan pilihan sendiri. Kalau ada bentuk hati lebih baik memandangkan namanya Puspa Hati.


7. Bakar pada suhu 175 degree Celcius selama 15 minit atau sehingga keperangan.

8. Sejukkan di atas redai. Ambil sekeping biskut dan sapukan sedikit jem sebelum ditekapkan dengan sekeping biskut yang lain.

9. Simpan di dalam bekas kedap udara.



Old & traditional yet so delicious.





No comments:

Post a Comment