Saturday 18 July 2015

Blueberry Cheese Tart

The combination of the sourness of cheese and the sweetness of blueberry is definitely perfect for dessert. Musim panas sebegini makin banyaklah blueberry di pasaran. Kali pertama buat blueberry cheese tart ialah masa musim panas tahun pertama di Cork. Tapi masa tu, crust pastry tak cantik, filling blueberry pun tak jadi jugak. Terus demotivated untuk buat blueberry cheese tart (dan segala mak jenis tart).

But early this year, I suddenly had a crave for blueberry cheese tart. Googled a few blogs and then I found a good recipe in azlitamasammanis blog. Most recipes use plain flour for the crust (ie shell). Using mainly plain flour would make a hard crust, which I don't really like it. So, I always put a bit of custard powder and corn flour to make the crust slight brittle. Sebenarnya first time discovered trick ni masa buat second time. Masa tengah bersemangat nak baking dan marjerin, gula dah siap pukul dah, baru lah perasan tepung gandum ada sikit ja. Jadi, terpaksalah korek cari tepung lain dan kebetulan ada stok tepung jagung dan kastad. Teringat resepi biskut buah-buahan kering yang rapuh, jadi berani mati cuba letak dua tepung yang asing ni dalam adunan crust. It turned out just perfect!







Crust/ Shell


200 gram tepung gandum
50 gram   tepung jagung
40 gram   tepung kastad
170 gram marjerin atau mentega (suhu bilik)
50 gram gula aising
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
Acuan tart

1. Pukul marjerin/ mentega bersama gula aising sehingga sebati menggunakan senduk kayu atau spatula.
2. Masukan telur dan esen vanila. Pukul lagi.
3. Masukkan semua jenis tepung sedikit demi sedikit. Uli sehingga sebati dan doh tidak melekat pada jari.
4. Simpan doh di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3 jam. Simpan semalaman untuk mendapatkan doh yang lebih baik.
5. Selepas doh direhatkan, uli kembali doh. Ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam acuan tart. Tekan untuk mampatkan doh. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
6. Bakar pada suhu 170 degree Celcius selama 20-25 minit. Kemudian biarkan sejuk dan simpan di dalam bekas kedap udara.


Blueberry filling

175 gram frozen (atau fresh) blueberries
1/2 cawan gula  pasir
1 sudu besar tepung jagung 
3/4 cawan air

1. Masak blueberries, gula bersama 1/2 cawan air menggunakan api sederhana panas selama 15 minit.
2. Lenyekkan blueberries tersebut separa lumat. Kalau nak tekstur yang lebih halus, blend semua blueberries, gula dan sedikit air sebelum dimasak di atas dapur.
3. Larutkan tepung jagung dalam lebihan air tadi (iaitu 1/4 cawan) sebelum dituang ke dalam blueberries yang sedang dimasak.
4. Masak sehingga likat dan mendidih. Kalau terlalu cair, tambah 1 sudu teh tepung jagung yang dilarutkan dengan air. Sejukkan.

Cream Cheese Topping

250 gram cream cheese / soft cheese -> keluarkan dari peti sejuk 20 minit sebelum digunakan
50 gram gula aising
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila atau jus lemon

1. Pukul cream cheese dan gula sehingga berkrim.
2. Masukkan telur dan esen vanila/ jus lemon. Pukul sebati.





Cara-cara terakhir untuk membuat tart:

1. Isikan sedikit blueberry filling ke dalam crust/ shell.
2. Pipe cream cheese topping di atas blueberry filling tersebut. Ratakan permukaan cheese.
3. Dengan menggunakan lidi sate (atau pencungkil gigi) dan sedikit blueberry filling (atau pewarna purple), lorekkan corak yang anda sukai di atas permukaan tart.
4. Bakar selama 5 minit pada suhu 175 degree celsius atau sehingga cheese tidak lagi melekat pada jari. Jangan overbake kerana cheese akan merekah.

No comments:

Post a Comment