Tuesday, 30 June 2015

Mango-Apple-Carrot Smoothie

Ada mangga yang sedang masak ranum dan anda memerlukan idea baru untuk menghabiskannya ketika Ramdhan ini? Mengapa tidak mencuba smoothie? Bolehlah menghilangkan dahaga setelah berpuasa selama hampir 19 jam (kalau di UK dan Ireland la). Smoothie ini juga sesuai untuk sahur anda bagi membekalkan tenaga untuk kekal aktif di siang hari. Bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang kurang gemar makan sayur-sayuran atau buah-buahan, bolehlah cuba menukarkan hidangan sayuran kepada smoothie.






Resepi Smoothie Mangga-Epal-Carrot


Saiz hidangan: 4-5 orang


1 biji mangga yang masak ranum
1 biji epal hijau
1 batang lobak merah (tak perlu letak jika anda kurang menggemari carrot ie lobak merah)
3 sudu besar perahan lemon atau limau
3 sudu besar madu
1/4 sudu teh serbuk kayu manis
3 sudu besar gula perang
1 cawan yogurt berperisa natural (plain yogurt)
1 cawan susu segar (atau boleh ditukarkan kepada susu sejat. Kalau guna susu sejat, kurangkan gula)
Ais

Cara-cara:

1. Kupas kulit mangga, epal dan lobak merah. Kemudian, dipotong kecil.
2. Masukkan semua bahan kecuali ais ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus dan kelihatan creamy.
3. Hidangkan di dalam gelas dan masukkan beberapa ketulan air.



Mudah sahaja bukan? Tak perlu lagi beli smoothie di pasar raya. I tried this for three days and it actually tasted much better on the third day. Perhaps the flavours had blended in.


Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment