Thursday 25 June 2015

Tart Nanas Gebu

Menjelang sahaja hari raya Aidilfitri, Mama atau Along mesti akan membeli biskut tart nanas. Ana lah yang menjadi tukang makan. Hewhew. Nak buat sendiri biskut ini? Baru sekali dicuba tapi agak keras sedikit.

Setelah sekian lama mencari resepi biskut tart nanas yang gebu dan tidak terlalu rapuh. Ana memang kurang berminat dengan tart yang terlalu rapuh. Namun, rata-rata biskut tart yang dijual di pasaran kebanyakan memang rapuh dan senang pecah berderai. Alhamdulillah Kak Shahrina sudi mengkongsikan resepi biskut tart nanas yang gebu dan tidak mudah berderai. One word to describe its taste; AWESOME.



Resepi Inti Jem Nanas

 Dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum.

1 biji nanas
1 cawan gula perang (boleh tambah kalau anda suka jem yang manis)
Daun pandan
3 biji cengkih
1 kulit kayu manis

Cara-cara:
1. Parut nanas menjadi halus.
2. Masak parutan nanas dan daun pandan di atas dapur sehingga kering air nanas.
3. Setelah kering air nanas, masukkan gula, kulit kayu manis dan cengkih. Masak sehingga likat. Kalau tak suka manis, boleh kurangkan gula.

 
Resepi Doh

Bahan A:
230gram mentega
1 sudu besar minyak sapi (dicairkan)
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar gula caster

Bahan B: Perlu diayak
2 1/2 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar tepung jagung

Bahan C:
1 biji telur kuning
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara:
1. Pukul Bahan A menggunakan kelajuan sederhana sehingga adunan kembang. Jangan pukul terlalu lama, nanti adunan menjadi lembik.
2. Masukkan Bahan C ke dalam adunan. Pukul lagi.
3. Masukkan Bahan B yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kaup balik dengan menggunakan spatula sehingga sebati.
4. Uli doh menggunakan tangan sehingga doh tidak melekat pada jari.
5. [Tart bunga] Canai sedikit adunan dan tekap menggunakan acuan tart bunga.
    [Tart gulung] Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan tart dan tekan.
6. Bulat-bulatkan inti jem dan letakkan atas adunan yang telah ditekap (untuk tart bunga). Gulung sedikit inti jem bersama doh (untuk tart gulung).
7. Bakar pada suhu 140 degree celcius selama 15 minit atau sehingga kuning keemasan.


Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment